+603.7781.4333
admin@umrahmakbul.com

Maklumat Am

 

PENEMPAHAN

  1. Bayaran deposit RM 500 seorang (Bayaran penuh hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum penerbangan) *Umrah Ramadhan, bayaran penuh 45 hari sebelum 1 Ramadhan*
  2. Dinasihatkan pembayaran terus ke AR-RAUDHAH TRAVEL & TOURS SDN BHD.
  3. Segala urusan yang tidak melalui pihak Ar-Raudhah Travel, pihak kami tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan dilayan.
  4. Jemaah tidak dibenarkan membeli tiket penerbangan antarabangsa dan hotel persendirian sekiranya telah mengambil Full Package dari syarikat atau wang tidak akan dikembalikan.

 

PAKEJ UMRAH/ZIARAH TERMASUK

  1. Tiket penerbangan kelas ekonomi. (Jemaah TIDAK dibenarkan ‘upgrade’ kelas tiket penerbangan atau wang tidak akan dikembalikan)
  2. Cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
  3. Menguruskan permohonan Visa Umrah sahaja. (Tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Arab Saudi)
  4. Penginapan, makan dan minum seperti yang akan dinyatakan di dalam surat pengesahan aturcara. (Jemaah TIDAK dibenarkan ‘upgrade’ hotel dan lain-lain atau wang tidak akan dikembalikan)
  5. Umrah 3 kali bersama Mutawwif.
  6. Beg pakaian sederhana + beg gantung + beg uncang dan buku panduan umrah.
  7. Insuran berkelompok.

 

PAKEJ UMRAH/ZIARAH TIDAK TERMASUK

  1. Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter) dan hotel.
  2. Penggantian bagasi/barangan peribadi yang hilang di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan lebihan timbangan bagasi.
  3. Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
  4. Tambahan bayaran Visa Umrah bagi jemaah yang mengerjakan umrah kali ke 2 sebanyak SAR 2000 (Tertakluk kepada Kementerian Arab Saudi).
  5. Tambahan visa bagi Jemaah bukan warganegara Malaysia.
  6. Makan dan minum semasa transit melainkan dinyatakan secara khusus.

 

 

PERLINDUNGAN

  1. Perlindungan pelan Insurance berkumpulan(TAKAFUL)

 

PEMBATALAN TEMPAHAN SEBELUM BERANGKAT 

  • Jika pembatalan dibuat selepas urusan pembayaran tiket, hotel dan lain-lain yang berkaitan, bayaran deposit tidak akan dikembalikan dan juga bayaran tambahan mengikut keperluan yang telah dibayar oleh syarikat akan dikenakan.

 

PEMBATALAN / SURCAJ PEMBATALAN PAKEJ

Permohonan pembatalan tertakluk kepada perkara 3.2.1 dan 3.2.2 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 seperti berikut:

PERKARA 3.2.1 :

Pembatalan 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM 30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan.

PERKARA 3.2.2 :

22 – 44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas:  perlucutan deposit pelancongan

15 – 21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas:  35% daripada tambang pelancongan

08 – 14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas:  50% daripada tambang pelancongan

03 – 07 hari bekerja sebelum tarikh berlepas:  75% daripada tambang pelancongan

02 hari bekerja/kurang sebelum tarikh berlepas:  100% daripada tambang pelancongan

 CAJ TAMBAHAN JIKA PERLU :

  1. Bayaran tiket penerbangan penuh tidak akan dikembalikan, sekiranya bayaran kepada pihak penerbangan telah dibuat.
  2. Bayaran visa penuh tidak akan dikembalikan, sekiranya urusan visa telah dibuat.
  3. Bayaran penginapan tidak akan dikembalikan setelah bayaran kepada pihak hotel telah dibuat.
  4. Bayaran RM 200.00 sekiranya beg atau buku panduan tidak dipulangkan dalam keadaan sempurna.

 

Dokumen yang Diperlukan

Para jemaah perlu menyediakan:

  1. Passport Antarabangsa yang masih berlaku selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 mukasurat kosong.
    Sediakan pasport sekurang-kurangnya sebulan lebih awal.
  2. Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4 x 6cm berlatarbelakang putih dan saiz muka 80%. Lelaki tanpa bersongkok/kopiah dan wanita bertudung gelap.
    Contoh Gambar Visa.
  3. Buku/Surat suntikan Meninggococal Meningitis ACYW 135.
  4. Dokumen Sokongan di bawah wajib disediakan mengikut keperluan. SILA RUJUK PIHAK AR-RAUDHAH UNTUK KETERANGAN LANJUT BERKENAAN DOKUMEN SOKONGAN. (Kesemua dokumen ini perlu diserahkan ke Ar-Raudhah 40 hari sebelum hari penerbangan)
    STATUS DOKUMEN SOKONGAN
    Isteri Salinan Sijil Nikah yang telah di sahkan oleh Pejabat Agama & Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)
    Anak perempuan dan anak lelaki di bawah 18 tahun
    Salinan Sijil Lahir yang telah di sahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) & Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia).
    Adik perempuan / kakak Salinan Sijil Lahir adik perempuan / kakak & Salinan Sijil Lahir abang / adik lelaki yang telah di sahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) & Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia), DAN Letter of Consent dari bapa kandung serta lampirkan kad pengenalan bapa.
    Anak Angkat Salinan Sijil Anak Angkat (JPN) yang telah di sahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) & Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)
    Anak Tiri Salinan Sijil Lahir & Surat Kuasa Mahkamah Syariah / Pejabat Agama (Surat Kuasa hak jagaan anak) yang telah di sahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) & Wisma Putra (kementerian Luar Malaysia) DAN Letter of Consent dari bapa kandung serta lampirkan kad pengenalan bapa.
    Anak Saudara
    (Bapa saudara sebelah bapa sahaja)
    Salinan sijil lahir anak saudara, salinan sijil lahir bapa saudara & sijil lahir bapa yang telah di sahkan oleh pejabat pendaftaran Negara (JPN) & wisma putra (kementerian Luar Malaysia) DAN Letter of Consent dari bapa kandung sahaja, serta lampirkan dengan salinan kad pengenalan.
    Cucu
    (Datuk sebelah bapa sahaja)
    Salinan Sijil Lahir Anak Saudara, Salinan Sijil Bapa yang menunjukkan hubungan & telah di sahkan oleh pejabat Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) & Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia). DAN Letter of Consent dari bapa kandung sahaja. Serta lampirkan salinan Kad Pengenalan.

    Dokumen yang diperlukan bagi Warga Asing - Visa perlu sah laku 6 bulan ke atas
  1. Permastautin Tetap : Kad Pengenalan Original & Salinan Kad Pengenalan
  2. Visa Pekerja : Surat Pengesahan Majikan  **Bagi Pembantu Rumah (Maid), Majikan perlu turut serta**
  3. Visa Pelajar : Surat Pengesahan dari Kolej / Universiti / Sekolah.
  4. Visa Keluarga : Salinan Sijil Nikah / Sijil Lahir

 

Kursus Percuma : Pada Hari Sabtu

MASA : 9.00 pagi Hingga 1.30 petang

** Sila hubungi pejabat untuk tarikh kursus.

 

Hotel

  • HOTEL MAKKAH 
  • GRAND MAKKAH HOTEL 5* (400 M)
  • RETAJ AL SAFWA 2/LOLOAT AL AZHAR @ setaraf (450-680M)
  • AL- WESSAM/KNUZ HOTEL - AJIAD @ setaraf (300-600M)
  • SARAYA AJYAD/RETAJ AL SAFWA 1/ KUNOZ @ setaraf (200-250M)
  • LE MERIDIEN @ setaraf (80-100M)
  • ROYAL DAR AL EIMAN AL SAFWA TOWERS/ZAM-ZAM TOWERS (50M)
  •  ANJUM HOTEL (50M ke Perkarangan Masjid)
  • HOTEL MADINAH
  • RAWASI SAFIR/ANSAR JADID/FAYROZ SEASON @ setaraf (120-200M)

 

Cenderamata

  • Beg sandang besar
  • Buku Panduan Umrah
  • Beg sandang kecil
  • Air Zam-zam


 

 

Perkhidmatan Lain Yang Ditawarkan

  1. Badal (Upah Haji)Haji & Umrah
  2. Dam, korban dan aqiqah

 

Tambahan syarat

  1. Harga pakej atau aturcara perjalanan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa

 

Panduan Pakaian/Keperluan Untuk Dibawa Ke Tanah Suci

PAKAIAN LELAKI PAKAIAN WANITA
Tuala Ihram 2 Telekong Solat 2
Tali pinggang 1 Mini Telekong 2
Baju Biasa 2 Baju Kurung 3
Baju Melayu 2 Baju Maxi 2
Singlet Berlengan 4 Baju Tidur & Seluar Panjang 2
Seluar Panjang 2 Stokin 3
Kain Pelikat 3 Sarung Tangan 1
Tuala Mandi 2 Tuala Mandi 2
Tuala Kecil 1 Tuala Kecil 1
Stokin 2
 
Selipar Getah 1 Selipar Getah 1
Kasut Biasa 1 kasut Biasa 1
 
LAIN-LAIN
Buku Doa (kecil) 1
Penyangkut Baju 5
Beg Pakaian(Besar)-Berkunci 1
Gunting Kecil 1
Beg Sejadah 1
Lencana Nama 1
Beg Bimbit Sederhana 1
Ubat Gigi 1
Berus Gigi 1
Sabun Mandi 1
Uncang Besar 1

 

Permastautin Tetap